11/27/08

Kuning

Ehem. Psst. Aa. Apa eh nk mengarut ari ni. Okayh. Aktiviti ari ni pegi lowyat. Usha barang je. T_T byk juge barang barang murah. Huhu. Jadik. Tu je la. Hoho. Aa. Nak share keratan akhbar ni. Hukuhuk. Kepada pemilik kenderaan. Sile alert :)

LANGKAWI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi amaran akan bertindak tegas terhadap pemilik kenderaan yang menggunakan nombor plat tidak mengikut peraturan termasuk memanggil mereka ke pejabat JPJ atau disaman serta-merta jika ditahan dalam operasi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan, berkata penggunaan nombor plat mengikut sesuka hati perlu dihentikan kerana menyalahi Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pendaftaran dan Pelesanan 1959), selain menimbulkan kekeliruan.

“Memang salah jika menggunakan kenderaan dengan nombor plat tidak mematuhi spesifikasi, tak kiralah ia warna kuning atau hijau, malah menulis sesuatu perkataan jelas sekali tidak ikut peraturan.

“Selepas notis dikeluarkan, pemilik kenderaan mempunyai masa dua minggu untuk membetulkan nombor plat salah itu, jika gagal mereka akan disenarai hitam dan saman akan dikeluarkan,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai tindakan seorang pemilik kenderaan mewah di Alor Star meletakkan nombor plat berlatar belakang warna kuning dengan tulisan Kerabat Raja Sakti Kedah.

Terdahulu beliau mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun yang dihadiri seramai 40 pegawai kanan dan pengarah JPJ negeri dari seluruh negara, di Hotel Bayview di sini.

Hadir sama, Timbalannya, Ruhaizah Mohamed Rashid; Pengarah Penguat Kuasa, Salim Paulan dan Pengarah JPJ Kedah, Jaafar Mohamed.


Plat kete kuh berwarna kuning. ayokk! T_T

2 comments:

Che-Ap said...

lol tuh kuning sebab berkarat wahhahah

Mira3dora said...

bahaahaha
sile la tukau dlm mase 2 minggu ni ye
k.e.s.i.a.n
;P