1/31/09

Malaysia Boleh!


Tahun lepas saintis Russia korek tanah sedalam 100 meter, diorang terjumpa la kesan wayar copper yg berusia 1000 tahun... and membuat kesimpulan bahawa nenek moyang mereka ade telephone network... 

Then, saintis Amerika tak puas ati, diorang pun korek gak, sedalam 200 meter... diorg lak terjumpe talian fiber optic lama yg dipercayai berusia 2000 tahun... lalu membuat kesimpulan, org US 1000 tahun lagi advance dari org Russia dalam komunikasi telefon yg lagi canggih dari diorg... 

Saintis Malaysia plak try try gak, diorg korek sedalam 500 meter... pastu diorg report la, diorg tak jumpe ape2... ..so diorang buat kesimpulan; 5000tahun dahulu nenek moyang org melayu sudah tahu menggunakan teknologi wireless! hehehe... bangga..bangga Malaysia BOLEH!! hahaha
Read More..

1/29/09

Tahun 3000



Tahun demi tahun banyak kemajuan dalam bidang elektronik dan lain lain dapat kita lihat. Sebagai contoh sebelum dari zaman piring hitam kepada zaman mp3 player. Dapatkah anda bayangkan jika kita membawa piring hitam kehulu kehilir untuk mendengar lagu? hukhuk. Jadi apa yang aku nak kongsi ini bukanlah pasal mp3 player. Tapi aku nak kongsi pasal kemungkinan kemungkinan bende yang akan tercipta pada tahun 3000. marilah kita tgk sama sama.


Antara bende bende yang mungkin belaku. hoho.































p/s: semua ini sekadar melawak saje. jgn siyes siyes sgt plak. hukhuk.
Read More..

1/28/09

Ujian Mata







Bolehkah anda baca tulisan di atas ini?
Jika tidak sila ikut arahan berikut

1. Tutup 90% mata anda dan lihat gambar tu semula
2. Bagi yang memakai kaca mata, sila buka kaca mata anda. mesti nampak.

Selamat mencuba.

Read More..

1/27/09

Family Day @ Bukit Tinggi




yeahh. exam mid sem da abis. so enjoy buat seketika je. ari sabtu sampai la ari isnin. family belah ayah aku ada buat family day. orang putih kata hari keluarga. jadi sepanjang 3 hari tu ada la beberapa aktiviti kekeluargaan yang dilakukan. Aktiviti hari keluarga berlangsung di Bukit Tinggi, Pahang. Sejuk? urm. genting sejuk lagi kot. view kat sana cantik la gak.


Oh ya telupa pula nak bagitahu. Aku menetap di Berjaya Hills Colmar Tropicale. It's kind a French resort la. Ada la terasa macam kat french buat seketika. Nak tau sebab apa? ... Sebab ada tanglung gantung sini sana. Chinese New Year la katakan. So terasa mix ngan Shanghai sikit sikit. huhu.

Kat Colmar Tropicale ni tempat dia kecik sangat. tak ada apa bende pon sangat. Just ada la tempat nak lepak lepak amik angin je. huhu. kat situ aku ngadap arcade, gym, spa, ngan swiming pool je. huhu.

Di sana juge aku sempat la melawat ngan kaum keluarga ku yang lain ke Taman Jepon. aku tak igt nama saintifik dia. tp aku panggil taman jepon je. sbb kat situ suasana jepon. hoho. arigato~



kolam renang dari view bilik aku



pokok ni slalu aku tgk kat mane mane je. tp pokok ni la ada kat taman botani jepon



sebahagian sepupu sepapat ku. ada lagi yang tak de kat situ



abes - the end - tamat



Read More..

Happy Chinese New Year



Oh yea. Dah lama tak update blog ni. Biasa la dah start dengan zaman ke"busy"an. Jadi untuk intro update blog ini masih tidak terlambat lagi untuk saya mengucapkan Happy Chinese New Year. Semoga tahun ini dapat menceriakan lagi hidup anda. :)


Tahun Baru Cina ini juga ada banyak aktiviti yang dilakukan oleh bangsa yang menyambutnya. Antaranya:

1. Bagi angpau warna merah. - Untuk orang yang suda berkahwin

2. Tukar-tukar hadiah - Selalunya tukar dikalangan family la.

4. Bunga api dan mercun - ini bende best sbb mercun dia prap tata prap prap. tak henti henti.

5. Shou Sui - Lepak lepak ngan family petang new year. tujuan dia nak merapatkan keluarga.

tu je la kot. Sekali lagi. Gong Xi Fa Chai~


Read More..

1/17/09

adoii

lappy gilak~

sekian~

T__T Read More..

1/9/09

update skit

oh yeahh. overlimit la plak template lama tu. so kene tuka template baru. ngah bes bes tuka. nk add gadget plak taleh. damn sungguh. haihh. nk carik template lain. tenet plak slow. fuhhh. dugaan.

T_T Read More..

1/8/09

Format pc

urm. dah lame aku tak update aktiviti harian aku. hmm. nk update apa eh?. aku pon tatau. lately bz skit. da start nk ada kuiz, midterm test, assignment, projek. hoh. projek? oh yeah. aku baru memulakan step yang pertama. yang mana bagi aku itu satu perkembangan yang agak baik. aku berjaya format lap top aku dengan girangnye.
seperti biasa. time time aku nak bz ngan keje keje baik ni la problem slalu datang satu demi satu. maybe tu lumrah kot. Mungkin tuhan nak uji aku. adoii. oh yea. aku telupe nak update pasal uniten cup ari tu. Team aku layak pegi quarter final. hoho. alhamdulillah. good luck barcelona.
pendek je entri kali ni. fuhh. tade mood da nk taip. stadi stadi.
Read More..

1/5/09

World's Most Profitable Companies



World's Most Profitable Companies

Rank Company Profit($Bil)
1 ExxonMobil (United States) 40.61
2 Royal Dutch Shell  (Netherlands) 31.33
3 Gazprom  (Russia) 23.30
4 General Electric (United States) 22.21
5 BP  (United Kingdom) 20.60
6 Total  (France) 19.24
7 HSBC Holdings  (United Kingdom) 19.13
8 Chevron  (United States) 18.69
9 PetroChina  (China) 18.21
10 Microsoft  (United States) 16.96

>


Almost semua top ranking ni adalah company dalam industri petroleum. fuhh. kacak gile. nasib baik ada 2-3 company industri lain masok dalam ranking ni gak. General Electric, HSBC, dan Microsoft. Jadik kesimpulannya. jual minyak untung banyak. hukhuk. Sources: Forbes.com




Read More..

1/4/09

Maut (2009)



Tajuk : MAUT ( Sebelum ini dikenali sebagai MALAIKAT MAUT)
Genre : Suspense Drama
Tarikh Tayangan : 15 Januari 2009
Pegarah : Bade Hj. Azmi
Penerbit : Tayangan Unggul Sdn Bhd

Pelakon:   
Cerita Satu
Liyana Jasmay, Raja Farah, Danny X-Factor, Reza ERA, Zack Taipan

Cerita  Dua
Sabrina Hassan, Mohamad Bathich, Diana Danielle, Noniswara, Fauziah Ghoush

Cerita Tiga
Que Haidar, Awal Ashaari, Nana ERA, Syarizad, Eja, Hasnul Rahmat, Fauziah Nawi, Riduan Hashim, Rabecca Ahmad

Trailler

video

Sinopsis Filem MAUT

Dalam kehidupan manusia, terdapat sepohon pokok. Setiap kali daunnya jatuh, satu nyawa manusia akan diambil. Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan menjalankan tugasnya mengambil nyawa manusia, yang namanya tertera pada daun tersebut.

Cerita 1: Ketenangan Abadi. Lina, seorang pelajar, dalam perjalanan pulang dari universiti. Di dalam bas, selain Lina, terdapat seorang lagi gadis, Fadilah. Setelah pulang ke rumah, Lina rasa serba tak kena, dia rasa seram sejuk. Tiba-tiba pintu rumah Lina diketuk orang. Seorang gadis (Fadilah) dalam keadaan basah kuyup meminta bantuan untuk menumpang teduh di rumah Lina. Oleh kerana malam semakin larut, hujan lebat dan Fadilah telah diragut, Lina dengan simpatinya mengizinkan Fadilah bermalam di rumahnya. Keesokan hari, Lina dapati Fadilah telah tiada. Tiada seorangpun percaya dengan cerita Lina tentang Fadilah. Keesokannya, di televisyen, berita kehilangan Fadilah ke udara. Lina ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku kepada Fadilah. Fadilah sebenarnya telah dirogol dan dibunuh. Rohnya tidak tenteram.

Cerita 2: Sinar Harapan. Farah, pramugari yang mengamalkan cara hidup bebas. Farah berkahwin dengan Duke, jejaka Inggeris yang dikenalinya sekian lama. Setelah Farah pulang daripada penerbangannya, mereka mengadakan parti meraikan perkahwinan mereka. Namun ketika di parti tersebut, Farah rasa cemburu apabila Duke kelihatan intim dengan perempuan lain. Mereka bergaduh dan Farah keluar meninggalkan Duke. Apabila tersedar, Farah telah ada di hospital, dengan seorang perempuan tidak dikenali menemaninya. Farah menceritakan kepada perempuan itu tentang siksaan yang dialaminya sepanjang koma beliau. Farah begitu menyesal atas kelakuannya selama ini. Dia telah melalui pembalasannya sepanjang berada dalam koma itu. Farah mahu bertaubat.

Cerita 3: Azab Balasan. JJ, seorang lelaki muda yang telah lupa asal usul dan pegangan agamanya. Tattoo menghiasi badannya, muzik black metal memenuhi halwa telinganya. Teguran ibu dan kakaknya diambil ringan. Satu malam, selepas pulang daripada menghadiri konsert black metal, JJ dan kawan-kawan yang di bawah pengaruh dadah telah terlibat dalam kemalangan. Proses kematiannya kelihatan sangat menyakitkan dan mengelirukan. JJ juga tidak mampu mengucapkan kalimah dua syahadah. Ketika menguruskan jenazah JJ, dugaan lain pula yang dialami keluarganya, seolah-olah rohnya tidak pernah tenteram.

Sources : Budiey.com

Read More..

Piala Sumbangsih 2009



Piala Sumbangsih

Kedah 1 - 4 Selangor

SELANGOR berjaya mencipta kejutan terbesar di Stadium Darul Aman, Alor Star malam tadi apabila dengan mudah menewaskan Kedah 4-1 pada perlawanan sulung Liga Super 2009.

Dengan kemenangan bergaya itu, Selangor berjaya menjulang Piala Sultan Ahmad Shah buat kali ketujuh selepas memenanginya pada musim 1985, 1987, 1990, 1996, 1997 dan 2002.

Ia juga merupakan Piala Sumbangsih pertama yang berjaya dijulang jurulatih Selangor, K. Devan sepanjang kariernya sebagai jurulatih beberapa pasukan di negara ini dan juga merupakan piala pertama berjaya dimenangi pengurus Selangor, Zakaria Ab. Rahim.

Ketua pasukan Selangor, Amri Yahyah memulakan pesta gol apabila mencipta jaringan pertama menerusi sepakan percuma leret yang berjaya melepasi benteng serta gagal diselamatkan penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Elias seawal minit ke-3.

Pada minit ke-32, Selangor terus melebarkan penguasaan mereka apabila sepakan kaki kiri pemain berusia 19 tahun, Zameer Zainun dari jarak jauh sekadar termampu ditampan masuk ke gawang sendiri oleh Helmi Eliza untuk gol kedua Selangor.

Tiga minit kemudian, Kedah semakin tertekan apabila sepakan percuma R. Surendren dari sebelah kiri berjaya ditanduk masuk oleh Amri tatkala Helmi sekadar menumbuk angin untuk Selangor mendahului selesa 3-0.

Jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah nyata berang dengan aksi goyah Helmi Eliza lalu mengeluarkan penjaga gol kebangsaan itu dan memasukkan penjaga gol simpanan, Mohd. Al-Hafiz Hamzah sejurus selepas gol ketiga Selangor itu.

Kedudukan separuh masa pertama, Selangor 3-0 Kedah.

Babak kedua bermula, Kedah memilih untuk menghabiskan kuota pertukaran pemain mereka dengan mengeluarkan penyerang Azrul Ahmad dan Nazmi Baharom bagi memasukkan Farizal Rozali dan Faizal Abu Bakar.

Namun, percaturan Azraai memasukkan Farizal menggantikan Azrul tidak mendatangkan hasil sebaliknya Farizal pula telah dilayangkan kad merah pada minit ke-53 selepas bekas penyerang Pulau Pinang itu bertindak menyepak muka penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad.

Menentang pasukan yang hanya dibarisi 10 pemain memudahkan tugas Selangor untuk menguasai permainan selepas itu.

Hanya empat minit selepas Farizal diarah keluar, Safee Sali pula melakukan rembatan kencang kaki kanan dari luar kotak penalti menggegarkan tiang gol Kedah dan bola terus menerjah jaring tanpa sempat diselamatkan Al-Hafiz untuk gol keempat Selangor.

Mendahului selesa 4-0, Selangor mula mengendurkan asakan dan akibatnya Kedah berjaya juga mendapatkan gol saguhati menerusi jaringan Khyril Muhymeen pada minit ke-89.

Selepas perlawanan berakhir, Amri telah diumumkan sebagai pemain terbaik perlawanan. Yeah. Hidup Selangor. hoho

Read More..

FA Cup 3rd Round



FA CUP 3rd Round

Tottenham Hotspur 3 - 1 Wigan Athletic
Hartlepool United 2 - 0 Stoke City
Portsmouth 0 - 0 Bristol City
Sheffield Wednesday 1 - 2 Fulham
West Ham United 3 - 0 Barnsley
Middlesbrough 2 - 1 Barrow
Hull City 0 - 0 Newcastle United
Chelsea 1 - 1 Southend United
Manchester City 0 - 3 Nottingham Forest
Cardiff City 2 - 0 Reading
Charlton Athletic 1 - 1 Norwich City
Torquay United 1 - 0 Blackpool
Forest Green Rovers 3 - 4 Derby County
Queens Park Rangers 0 - 0 Burnley
Leicester City 0 - 0 Crystal Palace
Arsenal 3 - 1 Plymouth Argyle
Macclesfield Town 0 - 1 Everton
Watford 1 - 0 Scunthorpe United
Sunderland 2 - 1 Bolton Wanderers
Coventry City 2 - 0 Kidderminster Harriers
Millwall 2 - 2 Crewe Alexandra
West Bromwich Albion 1 - 1 Peterborough United
Kettering Town 2 - 1 Eastwood Town
Ipswich Town 3 - 0 Chesterfield
Preston North End 0 - 2 Liverpool
1/4 13:30 UK Gillingham VS Aston Villa
1/4 16:00 UK Southampton VS Manchester United
1/5 20:00 UK Blyth Spartans VS Blackburn Rovers

Comment For Liverpool Match : Seperti diduga di atas kertas, 2-0 Liverpool berjaya menundukkan Preston. Namun, separuh masa kedua kelihatan goyah di barisan tengah apabila bertubi-tubi Reds diserang. Terima kasih juga buat pengadil perlawanan yang membatalkan jarigan Preston setelah Jamie Carragher membuat aduan dia disekat dengan memegang kakinya untuk bertahan. Namun, apa yang penting kembalinya El-Nino tak menghampakan sekalian peminatnya di seluruh dunia. Steven Gerrard yang bermain 90 minit perlawanan sebenarnya menghadiahkan gol di minit akhir buat El-Nino ketika pertahanan Preston leka menyerang. Gol pertama diledak pemain sayap Sepanyol, Riera. Liverpool yang mendominasi separuh masa pertama, akhirnya goyah sedikit setelah Alonso dibawa keluar. Xabi kelihatan cedera pada betis atau pergelangan kakinya. Mungkin, satu impak untuk Liverpool bermain baik di tengah.

Kapten, Steven Gerrard akhirnya beraksi 90 minit sekaligus menutup spekulasi beliau digantung dari bermain di Liverpool. Debutnya hari ini sangat baik dalam membuat serangan. Beberapa rembatan derasnya banyak diselamatkan penjaga gol Preston. Barisan pertahanan juga begitu mantap. Cavelieri mungkin sedikit merisaukan Reina berikutan aksi cemerlangnya. Begitu juga, Insua yang membuatkan Dossena mungkin balik ke Itali semula.

El-Keano hari ini tidak seperti biasa. 3 gol dalam 2 perlawanan terakhirnya berakhir di sini. Dia gagal meneruskan deretan golnya dalam 3 perlawanan berturut-turut. Banyak juga peluang yang dihidang kepadanya di separuh masa pertama, namun seperti biasa dia gagal memberikan gol.

Keputusan 2-0 pasti meningkatkan semangat pemain untuk beraksi lebih cemerlang untuk separuh musim kedua pada tahhun baru ini. Mungkin tiada siapa perlu Rafa beli untuk januari ini. Namun, Rafa kini mempunyai skuad terbaiknya untuk menjuarai Premier League dan Piala FA.

Read More..

1/3/09

Tagged by Meggae and Orange

1. Butirkan 8 perkara mengenai kamu?

1. Nama saya Aizat
2. Orang panggil Aizat
3. Kadang kadang dorang panggil Ijat.
4. Kadang kadang juge dorang panggil Slay
5. umo nk masok 22 taun.
6. Single
7. Masih belajar
8. Suke sports

2. Namakan 8 tempat pernah kamu diami?

Seberang Jaya
Klang
Taman Seri Muda
Saga Hill Park
Bangi

3. Siapakah 8 orang yg ingin anda ditemui ?

Family
Future Wife
Steven Gerrard

4. Namakan 8 akaun bank yg pernah dibuka oleh kamu?

Maybank
Bank Rakyat
CIMB
Tabung Haji

5. 8 kelab bolasepak terkemuka dunia pilihan kamu?

Liverpool
Valencia
Juventus
Lyon
Boca Juniors
Hull City
Blackburn
Barcelona

6. 8 perkara yg tidak bisa kamu lakukan?

membunuh
merompak
merogol
melukakan hati org disayangi
buno diri
mabuk
dan lain lain 

7. Sebutkan 8 perkara akan dilakukan pada si hawa/adam ?

later2 la

8. Apakah 8 perkara yg dilakukan semasa anda masih kanak-kanak?

main
main
main
main
main
main
main
dan main

9. 8 perkara dilakukan semasa study di IPT

blaja
buat asaimen
makan
tido
huhahuha
lepak lepak
dan lain lain

10. 8 perkara dilakukan semasa menganggur :-

urm. masa lepas spm?
tido
makan
tido
makan
amek lesen
amek kursus

11. 8 perkara semasa di kota singapura

tido
makan
pusing pusing kat airport je. hukhuk

12. 8 perkara kerje depan pc:

dgr lagu.
main game.
surf net.
berblog.
berchating.
buat assignment.
mendonload.
mencarik apa yang perlu.

13. makanan kegemaran?

nasik lemak
nasik goreng biasa telur mata
nasik goreng ayam
nasik briyani
ayam goreng
sambal tumis ikan bilis
daging masak kicap
kentang goreng

14. minuman pilihan?

teh o ais
coke
pepsi
air kosong
gatorade
milo
nescafe
air mineral

15. siapa cintamu sekarang ini?

Family

17. Sebutkan 8 orang member rapat kamu di IPT?

kiki
amat
dalila n the gang
bob
don
jenal
endah
orange
dan lain lain

18. 8 orang guru yg paling kamu suke?

masa skola rendah (cikgu math, bm)
masa skola menengah (cikgu kelas, sejarah, math)

19. Butirkan 8 perkara hobi dan minat kamu?

makan
tido
minum
ngadap pc
tgk muvi
main bola
sembang sembang
dan lain lain

20. Apakah 8 perkara yg ingin dilakukan ?

wow. byk nk listkan. tp segan. hukhuk.

21. Siapa yg mahu dijadikan tagged seterusnya?

Mira
Che ap
Endah
Fiza
Dalila
kiki
amat

Read More..

1/1/09

Happy New Year



Happy new year to all. Semoga tahun ini dapat tercapai semua azam yang telah diazamkan. hoho. Tahun 2008 dah meninggalkan kita. Bagi aku, tahun 2008 banyak mengajar aku erti hidup dan byk kesilapan yang harus diperbaiki. Harap harap taun ni dapat aku elakkan dari berulang kesilapan yang lama. 

Oh ye. Hari ini ada rematch UNITEN cup antara Ajax dengan Barcelona. Aku harap Barcelona dapat buat yang terbaik sekali gus mendapat tempat ke 3. Ini penting untuk penentuan perjalanan Barcelona dalam UNITEN cup 09 ini. Di harap tuah Tahun Baru akan menyebelahi Barcelona. Good Luck kawan kawan.

Hari ini juge aku rasa injury aku dah pulih sedikit. Betul cakap doktor. Kene byk stretching baru otot tu akan kuat balik. Lutut aku yang sebelum ni sangat sensetif dan mudah rasa sakit semasa berjalan, kini sudah tiada lagi rasa sengal sengal dan sakit. Alhamdulillah. Harap harap dapat la recover dalam tempoh terdekat ni. :)

Urm. apa lagi eh. itu je la kot. Sekian. :)
Read More..