SELANGOR berjaya mencipta kejutan terbesar di Stadium Darul Aman, Alor Star malam tadi apabila dengan mudah menewaskan Kedah 4-1 pada perlawanan sulung Liga Super 2009.
Dengan kemenangan bergaya itu, Selangor berjaya menjulang Piala Sultan Ahmad Shah buat kali ketujuh selepas memenanginya pada musim 1985, 1987, 1990, 1996, 1997 dan 2002.
Ia juga merupakan Piala Sumbangsih pertama yang berjaya dijulang jurulatih Selangor, K. Devan sepanjang kariernya sebagai jurulatih beberapa pasukan di negara ini dan juga merupakan piala pertama berjaya dimenangi pengurus Selangor, Zakaria Ab. Rahim.
Ketua pasukan Selangor, Amri Yahyah memulakan pesta gol apabila mencipta jaringan pertama menerusi sepakan percuma leret yang berjaya melepasi benteng serta gagal diselamatkan penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Elias seawal minit ke-3.
Pada minit ke-32, Selangor terus melebarkan penguasaan mereka apabila sepakan kaki kiri pemain berusia 19 tahun, Zameer Zainun dari jarak jauh sekadar termampu ditampan masuk ke gawang sendiri oleh Helmi Eliza untuk gol kedua Selangor.
Tiga minit kemudian, Kedah semakin tertekan apabila sepakan percuma R. Surendren dari sebelah kiri berjaya ditanduk masuk oleh Amri tatkala Helmi sekadar menumbuk angin untuk Selangor mendahului selesa 3-0.
Jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah nyata berang dengan aksi goyah Helmi Eliza lalu mengeluarkan penjaga gol kebangsaan itu dan memasukkan penjaga gol simpanan, Mohd. Al-Hafiz Hamzah sejurus selepas gol ketiga Selangor itu.
Kedudukan separuh masa pertama, Selangor 3-0 Kedah.
Babak kedua bermula, Kedah memilih untuk menghabiskan kuota pertukaran pemain mereka dengan mengeluarkan penyerang Azrul Ahmad dan Nazmi Baharom bagi memasukkan Farizal Rozali dan Faizal Abu Bakar.
Namun, percaturan Azraai memasukkan Farizal menggantikan Azrul tidak mendatangkan hasil sebaliknya Farizal pula telah dilayangkan kad merah pada minit ke-53 selepas bekas penyerang Pulau Pinang itu bertindak menyepak muka penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad.
Menentang pasukan yang hanya dibarisi 10 pemain memudahkan tugas Selangor untuk menguasai permainan selepas itu.
Hanya empat minit selepas Farizal diarah keluar, Safee Sali pula melakukan rembatan kencang kaki kanan dari luar kotak penalti menggegarkan tiang gol Kedah dan bola terus menerjah jaring tanpa sempat diselamatkan Al-Hafiz untuk gol keempat Selangor.
Mendahului selesa 4-0, Selangor mula mengendurkan asakan dan akibatnya Kedah berjaya juga mendapatkan gol saguhati menerusi jaringan Khyril Muhymeen pada minit ke-89.
Selepas perlawanan berakhir, Amri telah diumumkan sebagai pemain terbaik perlawanan. Yeah. Hidup Selangor. hoho
3 comments:
owh my..saje je tu..yerla..datang jauh2..kesian lak kalau tak menang..
tibe2 rase bangge pulak jadi org selangor nih
ahahaha. ko US kot don. waowkaokwaokwao
Post a Comment