12/19/08

no no ~

Khamis. Bermulalah perlawanan pertama UNITEN Cup 09 untuk Group C. iaitu group aku, Barcelona bertemu dengan Sporting Lisbon. Aku agak bersemangat untuk memulakan kempen uniten cup 09 ni. Tapi sayang. tidak sampai 20 minit perlawanan bermula. aku sudah dilanda kecederaan. T_T kedudukan masih lagi 0-0. dengan berbekalkan semangat yang masih ada. aku menyokong sahabat sahabat barca dari luar padang. Separuh masa pertama kedudukan memihak kepada Sporting Lisbon 2-0. 

Perlawanan separuh masa kedua bermula. Taktikal telah ditukar. lebih kepada corak bertahan dan counter attack. Tetapi masih tidak dapat memberikan tentangan kepada pasukan Sporting Lisbon. 3 gol berjaya dijaringkan oleh pasukan Sporting. Ini membuatkan keputusan penuh. 5-0. Mungkin mental down menyebabkan para sahabat kurang bermaya untuk mematahkan serangan serangan yang dibuat oleh Sporting Lisbon. Walaubagaimanapun perlawanan ini mungkin dapat membuatkan Barcelona lebih berhati hati untuk perlawanan seterusnya. Dan aku pula. Dilanda Groin Strain. Mungkin ia mengambil masa yang agak lama untuk pulih. Aku berdoa agar dapat bermain untuk perlawanan seterusnya sekaligus dapat menyumbang sesuatu kepada Barcelona. 

Next Match : vs Ajax (23rd December 2008)

0 comments: