12/15/08

Harga minyak turun lagi :)

By : DATO' SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Venue : PEJABAT PERDANA MENTERI, PUTRAJAYA
Date : 15/12/2008
Title : KENYATAAN MEDIA MENGENAI HARGA BARU BAGI PETROL DAN DIESEL

Pejabat Perdana Menteri

KENYATAAN MEDIA

MENGENAI HARGA BARU BAGI PETROL DAN DIESEL

 

Kerajaan hari ini telah mengambil keputusan untuk mengurangkan    harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter berkuatkuasa   16 Disember 2008.

Sehubungan itu, Kerajaan ingin mengumumkan penurunan harga runcit seperti berikut:

 

        Petrol RON97 akan dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter;

-         Petrol RON92 akan dikurangkan daripada RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter; dan

-         Diesel akan dikurangkan daripada RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.

 

Penurunan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter ini adalah sejajar dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran.

Berkuatkuasa tarikh yang sama juga, harga petrol dan diesel bersubsidi bagi nelayan diturunkan sebanyak 13 sen seliter daripada RM1.43 seliter kepada RM1.30 seliter, sepertimana yang telah diumumkan sebelum ini.

 

 

DATO’ SERI ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI

 

Perdana  Putra

PUTRAJAYA

15 Disember 2008

Last Update on 15/12/2008 

Source : Prime Minister Office

1 comments:

- Gie - said...

nasib baek x isi mnyk lg...yay!pasni leh la isi mnyk rm10 je..