Showing posts with label aktiviti harian. Show all posts
Showing posts with label aktiviti harian. Show all posts

1/27/09

Family Day @ Bukit Tinggi




yeahh. exam mid sem da abis. so enjoy buat seketika je. ari sabtu sampai la ari isnin. family belah ayah aku ada buat family day. orang putih kata hari keluarga. jadi sepanjang 3 hari tu ada la beberapa aktiviti kekeluargaan yang dilakukan. Aktiviti hari keluarga berlangsung di Bukit Tinggi, Pahang. Sejuk? urm. genting sejuk lagi kot. view kat sana cantik la gak.


Oh ya telupa pula nak bagitahu. Aku menetap di Berjaya Hills Colmar Tropicale. It's kind a French resort la. Ada la terasa macam kat french buat seketika. Nak tau sebab apa? ... Sebab ada tanglung gantung sini sana. Chinese New Year la katakan. So terasa mix ngan Shanghai sikit sikit. huhu.

Kat Colmar Tropicale ni tempat dia kecik sangat. tak ada apa bende pon sangat. Just ada la tempat nak lepak lepak amik angin je. huhu. kat situ aku ngadap arcade, gym, spa, ngan swiming pool je. huhu.

Di sana juge aku sempat la melawat ngan kaum keluarga ku yang lain ke Taman Jepon. aku tak igt nama saintifik dia. tp aku panggil taman jepon je. sbb kat situ suasana jepon. hoho. arigato~



kolam renang dari view bilik aku



pokok ni slalu aku tgk kat mane mane je. tp pokok ni la ada kat taman botani jepon



sebahagian sepupu sepapat ku. ada lagi yang tak de kat situ



abes - the end - tamat



Read More..

1/8/09

Format pc

urm. dah lame aku tak update aktiviti harian aku. hmm. nk update apa eh?. aku pon tatau. lately bz skit. da start nk ada kuiz, midterm test, assignment, projek. hoh. projek? oh yeah. aku baru memulakan step yang pertama. yang mana bagi aku itu satu perkembangan yang agak baik. aku berjaya format lap top aku dengan girangnye.
seperti biasa. time time aku nak bz ngan keje keje baik ni la problem slalu datang satu demi satu. maybe tu lumrah kot. Mungkin tuhan nak uji aku. adoii. oh yea. aku telupe nak update pasal uniten cup ari tu. Team aku layak pegi quarter final. hoho. alhamdulillah. good luck barcelona.
pendek je entri kali ni. fuhh. tade mood da nk taip. stadi stadi.
Read More..

1/1/09

Happy New Year



Happy new year to all. Semoga tahun ini dapat tercapai semua azam yang telah diazamkan. hoho. Tahun 2008 dah meninggalkan kita. Bagi aku, tahun 2008 banyak mengajar aku erti hidup dan byk kesilapan yang harus diperbaiki. Harap harap taun ni dapat aku elakkan dari berulang kesilapan yang lama. 

Oh ye. Hari ini ada rematch UNITEN cup antara Ajax dengan Barcelona. Aku harap Barcelona dapat buat yang terbaik sekali gus mendapat tempat ke 3. Ini penting untuk penentuan perjalanan Barcelona dalam UNITEN cup 09 ini. Di harap tuah Tahun Baru akan menyebelahi Barcelona. Good Luck kawan kawan.

Hari ini juge aku rasa injury aku dah pulih sedikit. Betul cakap doktor. Kene byk stretching baru otot tu akan kuat balik. Lutut aku yang sebelum ni sangat sensetif dan mudah rasa sakit semasa berjalan, kini sudah tiada lagi rasa sengal sengal dan sakit. Alhamdulillah. Harap harap dapat la recover dalam tempoh terdekat ni. :)

Urm. apa lagi eh. itu je la kot. Sekian. :)
Read More..

12/31/08

seri dan sakit

Setelah beberapa hari aku tak update blog ini. akhirnye berjaya juge niat aku untuk dilaksanakan. Pada 29/12/2008 aku ada match Uniten Cup 09. Perlawanan antara Red Star Belgrade ngan Barcelona. Keputusan seperti yang kami target. iaitu seri 1-1. Jaringan dibuat oleh Din baik. Jaringan itu berpunca dari kekasaran pemain Red Belgrade yang menjatuhkan pemain Barcelona. kiki. fuhh. taniah taniah. pasni ada satu lagi match. penentuan tempat ke3 dan ke 4. antara Ajax dan Barcelona. hukhuk. Good Luck Barcelona. Next match 1.1.09 di College of Information Technology Field. 

Pada hari yang sama juge aku menghadapi kecederaan sampingan. iaitu di bahagian lutut. aku rasa mmg bukan nasib aku kot. main injured. main injured. so. sebelum ni aku da pegi da Klinik Bandaran kat section 15 Shah Alam. Pastu gi Pusat Rawatan Islam Az Zahrah. Tp stil tak ok ok lagi. Paling power pon. Kene injection. So aku amek keputusan untuk pegi Hospital. Jadik Keesokan paginye aku pon pegi la ke Sime Darby Medical Center (dulu lebih dikenali sebagai SJMC). Jadik. lepas je sampai dekat SDMC aku pon gi la reg dan tunggu giliran. Macam biase la. sebelum nk gi jumpe pakar trus kene la jumpe doktor doktor tertentu. OK. aku jumpe 4 doktor. byk juge tapisan tapisan yang dibuat untuk tentukan aku ni sesuai jumpe doktor pakar mana. Then aku di arahkan untuk masok Pusat Fisiologi. dkat 2-3 jam gak aku dalam fisio tu buat Rehabilitative Services. fuhh. siap kene ultrasound check lagi. hukhuk. jadik. kesimpulan yang doktor tu bole buat. aku kene byk stretching. Alhamdulillah. tak da apa yang patah. Cume muscle je yang injured. Jadik. Medication aku pon suda ditukarkan. byk ubat da aku makan. sume lain lain jenis. InsyaALLAH pasni aku sehat kembali. fuhh. Sekian.


Read More..

12/24/08

Uniten cup 09 game kedua

hari hari ku seperti biasa. injury yang masih belum pulih sepenuhnya tetapi bole la main skit skit. perlawanan kedua ini amat penting kerana ia titik permulaan untuk menentukan sama ada barcelona layak ke uniten cup atau organizer cup. permulaan yang baik buat barcelona pada game kali ini. gerakan lebih teratur jika hendak dibandingkan pada match sebelum ni. aku hanya mampu bermain sehingga minit ke 40 sahaja. kecederaan kaki kanan ku muncul kembali. hukhuk. kedudukan masih terikat 0-0. asakan demi asakan. akhirnya seorang teammate ku diperintah keluar padang. jadi tinggal 10 orang. 10 vs 11. 4 minit kemudian barcelona berjaya mendahului pasukan ajax dengan 1-0 hasil tandukan naqib.  asakan demi asakan. akhirnya ajax berjaya mengambil peluang atas kelekaan benteng pertahanan barcelona 8 minit sebelum berakhirnya perlawanan. sayang skali. 4 peluang depan gol tidak dapat disudahkan oleh penyerang import barcelona. T_T fuhh itu saja liputan.

Next Match : FC Barcelona vs Red Star Belgrade Monday, December 29, 2008
Read More..

12/19/08

no no ~

Khamis. Bermulalah perlawanan pertama UNITEN Cup 09 untuk Group C. iaitu group aku, Barcelona bertemu dengan Sporting Lisbon. Aku agak bersemangat untuk memulakan kempen uniten cup 09 ni. Tapi sayang. tidak sampai 20 minit perlawanan bermula. aku sudah dilanda kecederaan. T_T kedudukan masih lagi 0-0. dengan berbekalkan semangat yang masih ada. aku menyokong sahabat sahabat barca dari luar padang. Separuh masa pertama kedudukan memihak kepada Sporting Lisbon 2-0. 

Perlawanan separuh masa kedua bermula. Taktikal telah ditukar. lebih kepada corak bertahan dan counter attack. Tetapi masih tidak dapat memberikan tentangan kepada pasukan Sporting Lisbon. 3 gol berjaya dijaringkan oleh pasukan Sporting. Ini membuatkan keputusan penuh. 5-0. Mungkin mental down menyebabkan para sahabat kurang bermaya untuk mematahkan serangan serangan yang dibuat oleh Sporting Lisbon. Walaubagaimanapun perlawanan ini mungkin dapat membuatkan Barcelona lebih berhati hati untuk perlawanan seterusnya. Dan aku pula. Dilanda Groin Strain. Mungkin ia mengambil masa yang agak lama untuk pulih. Aku berdoa agar dapat bermain untuk perlawanan seterusnya sekaligus dapat menyumbang sesuatu kepada Barcelona. 

Next Match : vs Ajax (23rd December 2008)
Read More..

12/13/08

yeayy dan fuhh


Oh yeahh Finally. Dapat juge aku melayari laman ini. T_T setelah beberape ari bekalan internet terputus. fuhh. bosan. memandangkan baru dapat internet balek. Jadik mari mendownloadd.. hoho. Arini amat penat. Pagi Petang berjalan jalan kehulu kehilir menyettlekan hal hal diri ini. 

Ari gua tensen beb! gua janji ngan sorang mamat neh. katenye pkol 2. Gua contact2 dia tuka time plak. pkol 4.  2 jam lagi dia mintak delay. Jadi gua tunggu la. Pk bisnes pnye pasal. Tunggu pnye tunggu da nk pkol 5. gua try contact 4-5 kali dia tak dapat nk reach. so kat situ je kredit gua da kene tolak bape byk da. gua text dia tak balas. pastu pkol 5.30 cm tu. gua tanye dia kat mana. dia mintak delay lagi sejam. kapla hot dia. gua pon ada hal gua. gua da tunggu lama. dia buat hal cm tu kat gua. adoila. seb baek gua ada serempak ngan member gua. so lepak la ngan member gua. gua tunggu dalam pkol 6 cam tu. tgk dia tak ada lagi. adoii. so gua pon balek la. balek2 gua tunggu je dia contact. dia tak contact plak. gua tambah angin. nak bisnes buat cara nak bisnes. 

Gua rasa mamat yang gua nak jumpe tu dia ni terlampau rajin sangat kot. sume keje dia buat. dia bos dia kuli dia la segalanya. so kat situ je da ada time management yang tak brape nak btol sangat. so bende tu kalau tak efek kat gua. gua takesah la. tp skang efek kat gua. ni yang gua kesah. bukan sekali dua. gua rasa mamat neh nak kene amek kursus time management la. 4 jam gua membazir cm tu je. Seb baek parent gua bagi job suh kehulur kehilir. so boleh cover skit kerugian masa tu ngan bende berfaedah. adoila. gua pelik gak ngan mamat ni. bisnes da lame da. projek byk. income confirm byk. office da 2-3 kali tuka. tp pekeje dia kat opis tu dia sorang je. btol pnye nak makan sorang ni. fuhh.

Gua nasihat kan kat sesape yang baca mahupon terbaca posting gua kali ni. kalau nak bisnes tu bisnes la elok elok. time management kene jaga. kalau tak customer lari. ilang 1 customer da boleh buat ilang 10 customer. Bak kata member gua yang gua lepak tadi. "kalau lu nampak je lubang bisnes. lu masok je. tp lu kene ingat. customer kene layan baik. baik melayan baik la income. dia suka. kita pon suka" style la ayat lu along. wa caya la.  fuhh. akhir kata. It's just business nothing personal
Read More..

12/11/08

Kembali seperti biasa

Urm. lame tak update blog. Biasela bz. Smalam siapkan projek yang tertunda. So projek da settle. fuhh. Jadi ari ni aku dapat balek kehidupan normal aku. hoho.  Pagi pagi da ada replacement kelas IKM. Pastu kelas SISP plak. Then spatutnye ada kelas ISA. luckily kelas cancel. So buat la aktivi bermain boling. fuhh. balek balek penat dan lapa. nasib baik member aku ada bagi rendang. hoho. rendang free. sedap2. time kaseh kawan. hoho. fuhh. makin lame makin pendek plak menaip. T_T Read More..

12/6/08

sabtu oh sabtu

ari ni pagi2 kemas kemas barang. besiap nak balek shah alam. anta member aku gi ktm serdang dlu. then balek. balek umah mkn2 jap. pas makan lepak ngadap pc dlu. pastu abis sume tu. gerak gi jumpe dentist. hukhuk. pas jumpe dentist balek umah. makan makan lagi. lol. byk plak mkn. hoho. pastu baca paper. tengok tv. tgk berite psl kejadian tanah runtuh kat Bukit Antarabangsa. Al Fatihah buat yang terkorban. Kat berita tu ada gak tunjuk pasal tanah tengah runtuh. erk btol ke ayat tu? fuhh. mmg line panas tempat tu. rasenye dkat bilion gak dorang rugi tu. hukhuk T_T. byk kes gak area area selangor yang jadik cm tu. aku harap developer developer yang nak buat projek perumahan atas bukit tu buat la kajian dlu. jangan sebab dok pikir duit je. keselamatan orang lain pon nak kene di jaga. hukhuk. pas tengok berite tengok plak bola. pasukan Malaysia vs Laos. Malaysia main boleh tahan la. Game Malaysia pegang. Passing kantoi gak. Midfield okeh sume okeh. cume sbb cuaca kot. ngan condition padang buat Malaysia lambat pickup skit. huhu. keputusan full time. Malaysia 3 - Laos 0.
Read More..

12/4/08

huuu

hari ke empat memulakan sem baru. kelas pagi pkol 8 cancel. T_T ponat den mandi. disebabkan kelas kensel. jadik pegi la brekpes kat foodcourt U aku. lepak lepak lepak dan melepak. sampai la ada kelas pkol 2. kelas IKM. urm. tu je kot. fuhh. penat smalam tak abis lagi ni. T_T Read More..

12/3/08

kelas lagi

wuu~ ari ni ada kelas SISP lagi. lect repeat balek smalam pnye hal. sbb ada beberape student yg baru add subject. huuu. ari ni ada frenly match. sempena uniten cup 2009 ni. T_T kalah le pule. T_T mebi sbb ngah buat testing lagi kot. hukhuk. tu je. Read More..

12/2/08

Hidup baru


ari ni. huk huk. cm biasa. semangat baru. azam baru. macam sem sem sebelum ni. huu. pegi kelas ari ni belajar cm biasa. Ramai gak yang datang walaupon first day. bagus budak budak ni. semangat baru kot. jadi masok masok kelas je. jeng jeng jeng. fuhh. awal awal masok da start belajar trus. isk isk. First Subject yang aku mula belajar setelah tamat cuti semester lepas ialah Strategic Information System Planning. wow. nama cm bes. first impression aku subject ni macam ajar kita planning bende untuk masa depan organization menggunakan IS. fuhh. keyword aku blaja ari ni "understand and appreciate" jadik sem ni aku kene paham dan hargai. apa tu appreciate? appreciate adalah bende yang kita paham tu kita tahu macam mana nak apply dalam idop ini. 2nd subject of the day. IKM. apa itu IKM? IKM ialah Introduction Knowledge Management. apa bende ni? awal awal masok kelas da kene soal da ngan lect. apa itu IKM? seb baek aku orang third last kene tanye. sempat gak rembat jawapan orang. hukhuk. time kaseh kawan kawan. hoho. :) renung renungkan. dan slamat beramal.
Read More..

11/29/08

malang oh malang




Fuhh.. ari yg penoh ngan aktiviti. Permulaan hari dengan mengemas barang barang sbb nk check in apartment. Pastu pegi melepak bersama member member skola menengah dulu. ada la dalam 6-7 orang cm tu. tak ramai sbb masing masing ada hal. Pas lepak - lepak pegi carik barang kat Alam Sentral. Lepak sane pusing pusing. jumpe gak la sweater yang smart. tp tak de size plak. T_T Then gi SACC plak. gi round round gak. bajet nak carik barang tp tak jumpe plak barang yg nk di carik tu. hoho. Oh lupe. aku sempat gak tgk sesi ujibakat raja lawak 3 hoho. sengal zizan ngan johan. adoii. lawak lawak.

Baju Liverpool


ujibakat Raja Lawak 3


Lepas aktiviti carik mencarik serta lepak melepak. Baru la pegi ke U aku. T_T malang suda bermula. Before nk gi check in tu. Kene la pegi bayar dlu. So pegi la kat Finance Department. Pegi pegi da lewat da time tu. Hampir pkol 4.30 gak la. Sampai je sana. Bermula la episod malang aku.

akak kaunter : Haa! Ni sorang lagi ni
aku : Nape kak?
akak kaunter : Ni personal check kan?
aku : a'ah. tu ada nama ayah saya tu.
akak kaunter : sekaranng ni da tak bole da pakai personal check.
aku : aik. saya tatau pon.
akak kaunter : ni da bg tau.
aku : abis tu cm ne? cek ni da tulis da kot. duit ni. fuhh.
akak kaunter : adik ada cash tak skang ni?
aku : ada. tp bole ke bayar 100 dlu?
akak kaunter : oh tak bole la. 245 paling kurang.
aku : so nak kene gi cash la ni ? nape cek persendirian tak leh gune plak kak?
akak kaunter : ouhh. ada sorang baru buat hal. so sbbkan sorang korang pon taleh gak.
aku : laa. masokkan la balik ledger balance dorang tu. apa susah. T_T
akak kaunter : bang ni ha ada sorang lagi budak ni nk byr gune check
brader baju biru : dik skang taleh gune personal check da.
aku : da tu mana sempat. nk gi cash. kang tutup plak.
akak kaunter : ala. adik datang esok la.
aku : fuhh. esok? minyak saya sape nk bayar? adoii.
brader baju biru : cm ni la. saya bg 10 minit. kitorang tunggu. gi cash.
aku : ok.

so pastu gi la nk cash kat dpan library. Skali system down plak. damn!. apa malang nasib aku ni. pegi la atm satu lagi luar U aku. Down jugak! adoii. pastu last last gi kat bangi. seb baek boleh. so aku pon trus memecut laju gi kat finance department. OMG! pintu da tutup. Guard tanak bagi masok. Aku pon ketok ketok pintu kaca tu. Last last brader baju biru tu pon datang ckp kat guard tu suh bg aku masok. Then aku pon masok la. lepas masok tu. kene sound plak. T_T

brader baju biru : Lain kali nk check in tu awal la skit.
aku : da datang awal tadi tak tutup lagi. tp check plak tak terima. igt saya nak kene gi rush sana sini. T_T
brader baju biru : itu lain cite. kalau datang awal mesti tayah rush.
aku : da tu. asal tak gitau awal awal. T_T
brader baju biru : blablablabalabalaba (tak igt plak ape dia cakap)
akak kaunter : da ada cash?
aku : rm245 kan? (sambil bg rm 250)
akak kaunter : alaa bayar 250 je la.
aku : aikk. 245 da la. adoii.
akak kaunter : nk senang kira.
aku : tade2 rm245 pls.
akak kaunter : ok

adoii. pas abis bayar. gi check in plak. T_T kene sound lagi. adoii. apa la malang nasib aku ari neh. Kesimpulan yg bole dibuat. Sediakan payung sebelum ujan. Jangan tangguh tangguh. T_T adoii.




fuhh. tak dapat plak nk up gamba. tenet slow. lol. T_T
Read More..

11/28/08

Besday~

Oh yeahh. Selamat Hari Lahir kepada ibuku yang ke 44. Hukhuk. Moga panjang umur dan murah rezeki. Hukhuk. Hari ni aku bz. Bz ngan menyelebrate ari jadi ibuku tersayang. Hoho. :)


Read More..

11/27/08

Kuning

Ehem. Psst. Aa. Apa eh nk mengarut ari ni. Okayh. Aktiviti ari ni pegi lowyat. Usha barang je. T_T byk juge barang barang murah. Huhu. Jadik. Tu je la. Hoho. Aa. Nak share keratan akhbar ni. Hukuhuk. Kepada pemilik kenderaan. Sile alert :)

LANGKAWI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi amaran akan bertindak tegas terhadap pemilik kenderaan yang menggunakan nombor plat tidak mengikut peraturan termasuk memanggil mereka ke pejabat JPJ atau disaman serta-merta jika ditahan dalam operasi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan, berkata penggunaan nombor plat mengikut sesuka hati perlu dihentikan kerana menyalahi Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pendaftaran dan Pelesanan 1959), selain menimbulkan kekeliruan.

“Memang salah jika menggunakan kenderaan dengan nombor plat tidak mematuhi spesifikasi, tak kiralah ia warna kuning atau hijau, malah menulis sesuatu perkataan jelas sekali tidak ikut peraturan.

“Selepas notis dikeluarkan, pemilik kenderaan mempunyai masa dua minggu untuk membetulkan nombor plat salah itu, jika gagal mereka akan disenarai hitam dan saman akan dikeluarkan,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai tindakan seorang pemilik kenderaan mewah di Alor Star meletakkan nombor plat berlatar belakang warna kuning dengan tulisan Kerabat Raja Sakti Kedah.

Terdahulu beliau mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun yang dihadiri seramai 40 pegawai kanan dan pengarah JPJ negeri dari seluruh negara, di Hotel Bayview di sini.

Hadir sama, Timbalannya, Ruhaizah Mohamed Rashid; Pengarah Penguat Kuasa, Salim Paulan dan Pengarah JPJ Kedah, Jaafar Mohamed.


Plat kete kuh berwarna kuning. ayokk! T_T
Read More..

11/25/08

Ho ho

Macam biasa. Aktiviti hari ni tak banyak. Bangun pagi breakfast siap siap gi vet. Antar kucing adik aku gi sana. Bagi vaksin kot. So lepas bagi vaksin tu aku balek umah anta kucing. Then kuar balek untuk melepakkan diri bersama sahabat di Subang Jaya. Biaselah cuti ni byk abiskan masa ngan member member lama. Nanti kang busy sume tak sempat nak jumpe plak. So time cuti cuti ni je lah harapan nak lepak. Okayh ngah melepak lepak tu timbul idea dari sorang member utk main boling. Then kami pegi main boling. 2 game. Ari ni kurang luck T_T. Lepas abis main boling. Sume balek umah masing masing.


Aku mendownload Prison Break season 4 episode 12. Sape sape tak tgk lagi, jgn baca ni. Aku nak cite skit, hoho. Aku igt da settle da carik scylla tu. Rupenye ada sorang lagi traitor. T_T agent Don Self. Berani dia tembak awek faveret aku dalam PB neh. T_T. nanti ko self. Ko tgk la. Mesti kene pnye ko tu. Fuhhh. Lepas je abis tgk prison break, aku berniat nak bersukan petang petang tu. Skali ujan plak. Then tak jadik besukan. Aku tido. Hoho. Bangun bangun gi mandi pastu makan apa sume. Then ngadap blog ni.


Oh lupe plak. Aku nak ucapkan tahniah kepada Rukun Tetangga kawasan rumah aku sbb berjaya menangkap bebudak yang cube mencurik sebuah kederaan baru baru ini. Kejadian tu belaku dalam lingkungan pkol 2-3 pagi Amat mengejutkan perbuatan itu dilakukan oleh budak taman lain yang berumur dalam lingkungan 16-17 tahun. 3 orang yang terlibat berkumpul di depan kenderaan tersebut cube untuk memecahkan kenderaan tersebut. Pergerakkan mereka dapat dihidu oleh pihak Rukun Tetangga. 3 sekawan akhirnya tertangkap oleh Ahli Rukun Tetangga yang sedang membuat rondaan. Pesalah terbabit telah pun dibawa ke balai polis Subang. Adoila. Korang ni ngah cuti cuti skola ni pegi la zoo Negara ke muzium ke. Ni korang pegi mencurik wat ape. Haihh. Gila pnye orang!


P/s: Cilakak pnye budak. Ntah ntah penutup rim aku korang yang rembat tak? T_T

Read More..

11/24/08

Seminggu sudah!

Hari ni rasanya genap seminggu aku berblog. Hukhuk. Hari ni tak banyak aktiviti yang menarik aku buat. Pagi pagi bangun tido. Kelaparan pule. Family aku sume pose. Aku je tak pose. Hehe. Jadi pagi pagi tu aku melepakkan diri kat kedai mamak sambil mengajak sahabat sahabat aku join skali. So on the way nak gi melepak tu aku lalu la depan sekolah lama aku. Singgah jap jumpe cikgu cikgu. Lepak kat situ tak lame, kejap je dalam 10 minit cm tu sbb cikgu sume ada program. Jadik aku pon meneruskan niat untuk berlepak. Lepak2 pnye lepak tunggu member aku. Jadik sembang la cite cite lama dan cite baru serta perkembangan diri masing masing. Lepas melepak makan makan minum minum sume. Aku pon memasang niat untuk main boling. Tp tak ckop kaki plak. Bosan. Jadik, aku pon pergi la ke cc(cyber café) pegi sana main game. Fuhhh bukak bukak pintu je ramai kanak kanak. Sume berdota. T_T aku main game FIFA09 ngan CS (Counter Strike) naseb baik ada gak budak main CS. First time aku dapat main FIFA09 secara LAN tanpa sebarang lagging. Power2. Lepas tu aku melepak kan diri lagi bersama sahabat. Then balek rumah. Siap siap sume pegi la beriadah. Bukan senang nk dpt beriadah petang petang skang ni. Asek ujan je. Nasib baik harini cuaca elok. Hoho. Urm. Sekian. Yang benar. Aizat
Read More..

11/22/08

Penat

Hari ni aku bangun awal.. fuhh. Awal le pule. T_T. bgn bgn je terus gerak gi Tg Malim. Follow parents aku melawat dan membersihkan umah sana. Lame gak la aku tapegi sana. Ada la dkat setaun. So aku nak tgk gak la macam mana rupe rumah tu. Huhu. Ikot highway then singgah petronas. Nak isi minyak. Aku pon pegi la ke kaunter untuk amek resit. Brader Petronas ni agak sombong jugak. “bang boleh bagi resit pam nombor 7 tak?” aku cakap kat brader tu. Dia bole buat tatau je. Fuhh. Gile. Aku repeat 2 3 kali gak. Tp tade respon. Last skali aku meninggikan suara aku. Dan kemudian baru la brader tu cakap “nah” wow. Nah je? T_T tade cakap “terime kaseh sile datang lagi “ ke ape ke. Fuhhh.



Jadik aku pon meneruskan perjalanan. Perjalanan yang mengambil masa 1jam 30 minit itu membuatkan aku tertanye2 bagaimana rupe rumah tu. Lalang2 da tinggi ke blom. Huhuhu.. then sampai la ke kawasan perumahan aku. Guard bukak palang. Muke sengih je.. Bagus. Mesra Pelanggan. Cmtu la aku nak. Senyum. Adoii. Muke Guard tu macam muke Nabil Raja Lawak. Fuhh. Zazzzz! Sampai. Aku bukak pintu. Tgk tgk da tak macam rumah da. Utan abis da. T_T

Jadik aku pon mengeluarkan la senjata2 untuk memulihkan sedikit keadaan rumah aku tu. Mesin rumput sume da ready da. Minyak petrol apa sume da ada. Skarang tibe masa mulekan keje. Masa nak mule mesin tu. Adoii. Mesin rumput aku yang boleh sandang tu rosak plak enjin dia. T_T enjin da mitsubihi da. Tp rosak la plak. T_T. so ada satu mesin je boleh gune. Mesin rumput yang tolak tu. Fuhh. Jadik aku memulakan aktiviti memesin rumput. T_T sejam je larat. Penat da pastu. Lalang tinggi lampai. Lagi tinggi dari aku. T_T. penatt. So tuka shif ngan ayah aku. Aku pegi potong pokok2 kat area yang tak boleh di machine. Huhu. Kemudian. Da tengah hari cm tu. Terik gila. So. Stop la. Packing2 barang. Trus gi mkn. Then lepas gi mkn gi beli barang dapur kat tesco jap. Then balek umah.


Penat sungguh hari ni. Jap gi nak tengok match Liverpool ngan Fulham plak. Goodluck Liverpool. Harap harap menang. Walaupon gerrard takde. Tapi Liverpool tetap dihati. You’ll Never Walk Alone~ Prediction: Liverpool 3 – Fulham 0

Read More..

11/21/08

Suka dalam hampa

Haa. Hari ini hari Jumaat. Hari ni cepat je rasa berlalu. Program ari ni tak banyak. Ari ni bangun lewat. T_T. Keluar dengan niat nak bershopping barang barang computer. Tp hampa. Sbb ape hampa? Sbb warehouse tu hampeh. T_T. Tade barang sangat. Da abis. Adoii kalo ada pon byk barang yang tak de kaitan ngan aku. PDA? Nk buat apa. Aku bukan ada PDA pon T_T. fuhh. Tapi tadi takde la semua barang menghampakan. Ada lah aku Nampak jugak barang barang yang boleh dibeli (tp aku tabeli pon). Henpon Vision ke apa ntah nama dia. RM88. Bolehlah, ada mp3 ngan mp4 player, ada memory card dia bagi 128MB, VGA camera 1.3. urmm fm radio. Tu je kot yang aku ingat. Huhu. Pastu ada router 24 port. RM165. Murah kot. Harga asal 2 ratus lebih gak. Urm..

Nasib baik hari ni ada bende yang menggembirakan dan melegakan hati aku. Yeahh!! Sebelum aku kuar rumah untuk pegi keluar mengusha barang. Tibe tibe henpon ku berbunyik. “So, Good night, good night, You're embarrassing me, You're embarrassing you.” (Bunyik ringtone)

Aku: Hello
Si Penelepon: Hello. Saya dari unit penginapan. Ini Aizat Sadiq ke?
Aku: Ye sedang bercakap.
Si Penelepon: Awak baru dapat apartment ni. Nak tak?
Aku: mestilah nak. Time kasih.
Si Penelepon: Awak kenal Ahmad?
Aku: Kenal2. Member la tu. Jap gi nak gi jumpe dia. (opss. Lupe ari tu dia cakap ada kat Sabah) T_T
Si Penelepon: Tadi saya ada telefon dia. Tapi tak dapat call. Dia duduk satu rumah ngan awak.
Aku:
ouh okay. Nanti saya roger dia.
Si Penelepon: Hihihi. Awak knal Ikram?
Aku: oh kenal juge. Kawan saya la tu.
Si Penelepon: Hihihi. Dia pon dapat apartment jugak. Satu rumah. Nanti gitau dia eh.

Oh yeahhh!!!! Dapat juge apartment yang selame ini aku risaukan. Fuhhh. Tapayah ulang alik. Penat plak kalo nak ulang alik T_T. so itu la berite yang menggembirakan hati aku.


Ari ni lepas je pegi ke kedai yang menghampakan tu, aku dan rakan rakan ku yang lain pergi makan di kedai mamak. Kami melepak di sana kejap je kot. Dalam sejam cm tu. Huhu. Pastu sume balek, buat hal masing masing. Hari ni merupakan hari pertama aku dapat main bola kat padang rumah aku sepanjang aku start cuti dari minggu lepas. Huhu. Nasib baik cuaca baik. So dapatlah aku bermain bola dengan senang hati. Agak penat la jugak. Huhu.

Ari ni pendek plak entri. T_T. penat kot. Huhu. Okeh. THE END.
Read More..

11/20/08

Tak Kene

Arghhh aku da agak da. Mesti ada bende yang tak kene. Haihhhh. Ni kali ke empat aku try nak post nih. Da la awal2 aku tak save. Fuhhh. Skang plak problem nak publish taboleh. Apekejadah nye sume ni. Huhu. Ok. Amek mood balek.. fuhhh. Ok. First of all aku nak mulekan post ni ngan ucapan Selamat hari Khamis. Huhu. Ari ni lambat skit aku post blog. Fuhh. Seharian tak duduk dpn lap top ni. Rindu pule. Huhu. Okayh. Macam biasa. Aktiviti – aktiviti yang aku lakukan pada ari ni. Bangun pagi tu mesti wajib. Kalo tak bangun pagi cm ne nk buat aktiviti kan? Huhu. Bangun besiap apa sume. Then terus gerak pegi rumah member aku kat Bangi. Niat nak settle hal apartment. Adoi. Aku tadapat plak slot untuk register apartment untuk semester depan. Dah la next semester tu aku pnye final semester. T_T sadis sadis. Sampai je sana, melepak lepak ngan dorang. Lame juge tak jumpe mereka. Ari tu jumpe kejap je lepak kat Shah Alam. Jadik lepak2 + tgk tv je la kot kat umah tu.

Ari ni aku rasa first time kot taun ni layan cite indon kat tv. Cite Rapunzel. Fuhh. Cite Rapunzel ni muke pelakon yang jahat tu. Horror gak la. Orang tua pakai lipstick itam, pastu ada calit itam kat atas idung dia. Siap ada tongkat macam kapak lagi. Lol. Camne aku buleh layan pon tatau la. Huhu. Tp sebelum tu aku layan Neraca Hidup kat tv3. Hoho. Neraca Hidup kat tv3 ari ni tajuk dia DIVA DIYANA. Cite pasal sorang perempuan yang bernama Diva bosan ngan cara hidup tak sihat dia. Mak Diva merupakan owner sebuah kelab malam. Mak Diva juga menjalani perjalanan hidup yang tidak sihat. Diva yang bosan dengan cara hidup dia tiba tiba berubah menjadi seorang yang baik dan belajar agama. Ini semua selepas beliau bertemu dengan seorang wanita yang bernama apa ntah. Wanita itu kemudian mengajak Diva ke rumahnya untuk mempelajari cara hidup yang sihat. Diva yang mempunyai niat untuk berubah akhirnya bersetuju untuk pergi ke rumah wanita itu yang digelar Kakak. Di rumah Kakak, Diva mempelajari cara berpakaian sopan serta solat. Kemudian Mak Diva dapat tahu yang Diva da berubah. Dia mengatakan bahawa Diva adalah anak haram (anak luar nikah). Kemudian Diva cube untuk membunuh diri. Tapi cubaan untuk membunuh diri tidak berjaya. Beliau hanya pengsan dan pihak hospital menelefon Kakak. Beliau pun berjanji tidak akan buat lagi perkara tersebut. Walaubagaimanapun, Mak Diva tetap tidak berubah. Untuk pengetahuan kalian semua, Diva hanyalah nama samaran semasa beliau terpesong. Nama sebenar beliau ialah Diyana. Huhu camne leh jadik Diva pon tatau la. The end.

Lepas je lepak keluar makan malam. Wow. Cpatnye da malam. Pada belah malam aku lepak berjumpe member aku di foodcourt kat U aku. Lepak la ngan member member yang tak balek bercuti. Ada short course dorang tu. Dalila ngan Aniza. Dalam ketika aku melepak tu. Ada satu conversation antara Mike(bukan nama sebenar) dengan Alilad (bukan nama sebenar) yang agak lawak. Huhu.

Conversation 1

Mike : ko nak beli barang apa?
Alilad: aku nak beli mose razer ( ra-zir)
Mike: RA-ZER? (gelak)
Alilad: eh bukan RA-ZER ke? (tunduk malu)
Mike: Razer (Ray-Zer) la.

Conversation 2

Aku tak berapa nak igt dialog dorang. Tp apa yang aku dengar. Dorang tengah sembang pasal computer.

Mike: Komputer power. (bercerita pasal computer la)
Alilad: tau lah. Ingat aku NO-OB sangat ke?
Mike: NO-OB (sambil gelak)
Alilad: eh silap. (tunduk malu)
Mike: Noob la.

Razer yang dimaksudkan

Hari ni juga banyak pulak accident belaku. T_T. cuak pon ada gak nak drive balek rumah. Ari ni je 3 accident belaku sepanjang perjalanan harian aku. Tu tak termasok accident bercakap macam member aku bernama Alilad (bukan nama sebenar) tu. Okay aku nak cite pasal accident ari ni. 1st Accident dekat simpang masuk U aku. Kereta kancil dengan kereta saga kalau tak silap aku. 2nd accident dekat belakang jalan U aku. Motor dengan wira. Huhu. Aku pon hampir terlibat sama. Mujur brake aku makan. T_T kalo tak pakej ngan orang2 kumpul depan tu skali aku langgar. Cuak gak aku time tu. Huhu. Accident yang ketiga plak semasa on the way nak balik Shah Alam. Simpang USJ nak pergi Ke HICOM. T_T skali lagi sempat aku brake. Kalo tak langgar Divider yang da pecah kene hentam ngan lori. Huhu. Alhamdulillah aku sempat sampai ke destinasi yang ingin dituju.

Okayh. Ini plak pasal sukan. Germany 1 England 2. England membariskan pasukan tanpa beberapa pemain utama. Lampard takde, Gerrard takde, Rooney takde. Senang cite ramai tak de. Aku tgk highlight je. Boleh tahan jugak la game tu. Ramai player yang boleh diketengahkan bakat. Gol plak byk yang nasib serta kesalahan pihak pertahanan. Huhu. Bagus2. Penat plak menaip pjg2. Okayh. The End.
Read More..