Macam biasa. Aktiviti hari ni tak banyak. Bangun pagi breakfast siap siap gi vet. Antar kucing adik aku gi sana. Bagi vaksin kot. So lepas bagi vaksin tu aku balek umah anta kucing. Then kuar balek untuk melepakkan diri bersama sahabat di Subang Jaya. Biaselah cuti ni byk abiskan masa ngan member member lama. Nanti kang busy sume tak sempat nak jumpe plak. So time cuti cuti ni je lah harapan nak lepak. Okayh ngah melepak lepak tu timbul idea dari sorang member utk main boling. Then kami pegi main boling. 2 game. Ari ni kurang luck T_T. Lepas abis main boling. Sume balek umah masing masing.
Aku mendownload Prison Break season 4 episode 12. Sape sape tak tgk lagi, jgn baca ni. Aku nak cite skit, hoho. Aku igt da settle da carik scylla tu. Rupenye ada sorang lagi traitor. T_T agent Don Self. Berani dia tembak awek faveret aku dalam PB neh. T_T. nanti ko self. Ko tgk la. Mesti kene pnye ko tu. Fuhhh. Lepas je abis tgk prison break, aku berniat nak bersukan petang petang tu. Skali ujan plak. Then tak jadik besukan. Aku tido. Hoho. Bangun bangun gi mandi pastu makan apa sume. Then ngadap blog ni.
Oh lupe plak. Aku nak ucapkan tahniah kepada Rukun Tetangga kawasan rumah aku sbb berjaya menangkap bebudak yang cube mencurik sebuah kederaan baru baru ini. Kejadian tu belaku dalam lingkungan pkol 2-3 pagi Amat mengejutkan perbuatan itu dilakukan oleh budak taman lain yang berumur dalam lingkungan 16-17 tahun. 3 orang yang terlibat berkumpul di depan kenderaan tersebut cube untuk memecahkan kenderaan tersebut. Pergerakkan mereka dapat dihidu oleh pihak Rukun Tetangga. 3 sekawan akhirnya tertangkap oleh Ahli Rukun Tetangga yang sedang membuat rondaan. Pesalah terbabit telah pun dibawa ke balai polis Subang. Adoila. Korang ni ngah cuti cuti skola ni pegi la zoo Negara ke muzium ke. Ni korang pegi mencurik wat ape. Haihh. Gila pnye orang!
P/s: Cilakak pnye budak. Ntah ntah penutup rim aku korang yang rembat tak? T_T
0 comments:
Post a Comment