12/24/08

Uniten cup 09 game kedua

hari hari ku seperti biasa. injury yang masih belum pulih sepenuhnya tetapi bole la main skit skit. perlawanan kedua ini amat penting kerana ia titik permulaan untuk menentukan sama ada barcelona layak ke uniten cup atau organizer cup. permulaan yang baik buat barcelona pada game kali ini. gerakan lebih teratur jika hendak dibandingkan pada match sebelum ni. aku hanya mampu bermain sehingga minit ke 40 sahaja. kecederaan kaki kanan ku muncul kembali. hukhuk. kedudukan masih terikat 0-0. asakan demi asakan. akhirnya seorang teammate ku diperintah keluar padang. jadi tinggal 10 orang. 10 vs 11. 4 minit kemudian barcelona berjaya mendahului pasukan ajax dengan 1-0 hasil tandukan naqib.  asakan demi asakan. akhirnya ajax berjaya mengambil peluang atas kelekaan benteng pertahanan barcelona 8 minit sebelum berakhirnya perlawanan. sayang skali. 4 peluang depan gol tidak dapat disudahkan oleh penyerang import barcelona. T_T fuhh itu saja liputan.

Next Match : FC Barcelona vs Red Star Belgrade Monday, December 29, 2008

0 comments: