12/28/08

Ma'al Hijrah 1430H


Selamat menyambut Ma'al Hijrah 1430H. Mari bersama kita memohon keampunan kehadrat Ilahi dan berazam untuk menambah amalan baik kita. InsyaALLAH. Mari bersama kita menyingkap kembali apa itu Ma'al hijrah atau lebih dikenali sebagai awal Muharram. Awal Muharram ialah satu hari yang penting bagi umat Islam seluruh dunia. Ini kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Awal Muharram adalah untuk memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi. Jadik marilah kita sama sama menghijrahkan diri. Dari yang baik kepada yang lebih baik. Dan dari yang lebih baik kepada yang lebih lebih baik lagi. sekian. Harap harap tahun baru ini memberi keberkatan kepada kita. aminn.


0 comments: